sukan

Lebih murah berbanding tukar import — tmj

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa kos untuk menukar padang di stadium adalah dua kali lebih murah berbanding menandatangani pemain import.

Justeru, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu berharap semua stadium di Malaysia akan menukar rumput yang lebih berkualiti.

“Mudah-mudahan satu Malaysia tukar padang. Dua kali lagi murah dari signing (tandatangan) pemain import. Kalau saya tak buat sampai ke mampus tak tukar padang.

“Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand semua sudah tukar padang yang lebih berkualiti. Kita saja masih padang lembu, mentaliti pun lebih kurang,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata demikian menerusi satu komen di laman Instagram berkaitan bola sepak.

Komen berkenaan dibuat TMJ selepas laman berkenaan memuat naik perkembangan mengenai proses penukaran rumput di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum ini, TMJ dilaporkan menaja penukaran rumput jenis Cowgrass kepada Zeon Zoysia di Stadium Nasional dengan kos mencecah jutaan ringgit.

Sementara itu, JDT menerusi laman media rasmi kelab mendedahkan bahawa Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bakal menjadi stadium pertama di Malaysia menggunakan padang hybrid.

“Padang jenis hybrid yang baharu sedang dipasang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin.

“Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia.

sumber:- BH

“Selepas menganalisa hasilnya, rumput berkenaan akan dipasang di semua kemudahan fasiliti kami yang lain, termasuk Stadium Sultan Ibrahim,” kata kelab itu.