sukan

JDT tunai hasrat

Impian kanak-kanak yang menghidap jantung kronik berusia sembilan tahun, Muhammad Rayyan Mikail Mohd Yazid untuk melawat Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan bertemu pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terlaksana.

Menerusi perkongsian hantaran terbaru Johor Southern Tigers, skuad Harimau Selatan memenuhi hasrat Rayyan untuk melawat melihat lebih dekat SSI serta beramah mesra dengan pemain JDT.

Dalam sesi kunjungan istimewa itu, dia yang berusia sembilan tahun ditemani ibu bapanya, Mohd Yazid Lazim dan Annur Syakirah Mahazir serta dua adiknya, Nur Raisha Mikayla dan Nur Raihana Malaika.

“Terima kasih all JDT family yang sudi menerima kedatangan anak syurga kami. Salam sayang dari utara,” kata ibu Rayyan, Annur.

Rayyan, peminat JDT yang menghidap penyakit jantung sianotik kompleks dan penyakit paru-paru kronik, dibawa mengelilingi stadium ikonik hari ini.

sumber:- HM

Dalam kunjungan itu, dia yang mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Terap dan ditempatkan dalam pendidikan khas gembira dapat bertemu dengan dua pemain idolanya, Safiq Rahim dan Safawi Rasid.