Perseteruan sejarah dan tradisi kancah Liga Malaysia (Liga-M) kembali menghangatkan pertembungan dua kelab teratas Liga Super yang menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi menerima kunjungan Selangor FC dengan situasi semasa tampak tidak menyebelahi Gergasi Merah itu.
Ia ekoran kunjungan Selangor ke Iskandar Puteri kali ini tanpa tonggak pertahanan negara, Khuzaimi Piee, serta Faisal Halim yang digantung, sekali gus menyukarkan hasrat Tan Cheng Hoe untuk mencaturkan kejutan di Stadium Sultan Ibrahim.
“Persiapan pasukan cukup baik selepas kemenangan menentang Sabah tempoh hari yang memberikan kami motivasi selain sesi latihan yang baik.
“Kami memang menantikan perlawanan bertemu JDT sebab mereka baru memenangi perlawanan akhir Piala FA.”Prestasi pada tahun ini mereka cukup luar biasa termasuk jaringan, baik dalam Liga Super dan Piala FA.
sumber:- SA
“Kami kena fokus kepada perlawanan yang sengit Sabtu ini terutama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).”Pendekatan pelawat baik menggunakan taktikal menyerang dan bertahan juga belum mampu mengekang kemenangan JDT jadi kami masih perlu mempertimbangkan strategi yang sesuai,” katanya.