sukan

Mbappe masih ada peluang bermain di Eropah

Paris Saint Germain sedia mendengar tawaran daripada kelab-kelab Eropah yang menawarkan pertukaran pemain dalam bidaan mereka bagi mendapatkan Kylian PSG mahu segera melepaskan Mbappe pada jendela perpindahan kali ini kerana tidak mahu pemain itu berpindah secara percuma sebaik kontraknya tamat tahun depan.

Mbappe yang belum menandatangani lanjutan kontrak di Paris, dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai Real Madrid sebagai ejen bebas tahun depan. – AGENSI.

Masa depan Kylian Mbappe terus menjadi tumpuan walaupun Paris Saint-Germain tidak membawa penyerangnya itu ke jelajah pra-musim di Asia.

Tawaran Al-Hilal yang mencecah 259 juta pound (RM1.53 bilion) sedang mendahului pesaing lain, dan PSG membenarkan Mbappe berbincang dengan kelab berkenaan tentang syarat-syarat peribadinya.

Chelsea, Manchester United, Tottenham, Inter Milan dan Barcelona turut menunjukkan minat terhadap pemain 24 tahun itu sejak dia digugurkan daripada skuad ke jelajah pra-musim.

PSG mahu segera melepaskan Mbappe pada jendela perpindahan kali ini kerana tidak mahu pemain itu berpindah secara percuma sebaik kontraknya tamat tahun depan.

Mbappe yang belum menandatangani lanjutan kontrak di Paris, dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai Real Madrid sebagai ejen bebas tahun depan. – AGENSI