sukan

“Itu tak gentleman” — TMJ

Cadangan untuk mengenakan pemotongan mata kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan tindakan penyokong mereka membakar suar dianggap sebagai tidak ‘gentleman’ oleh pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malah, Tunku Ismail menyifatkan ia sebagai satu mentaliti ‘orang yang kalah’ apabila ada pihak mengharapkan skuad Harimau Selatan ‘jatuh’ selepas dikenakan pemotongan mata.

“Kami sudah didenda kira-kira RM100,000 dan mungkin akan ada hukuman lagi. Kalau nak bertentang dengan JDT, takkan awak nak harap mata kita dipotong kerana penyokong bakar suar.

“(Itu) tak gentleman. Kalau nak kalahkan JDT, kalahkan atas padang, jangan harap kononnya mata JDT akan dipotong kerana pada pandangan saya, ia adalah ‘loser mentality’ dan ‘mindset.’

“Pengurusan pasukan lain seharusnya beri tumpuan untuk menambahbaik skuad mereka daripada sibuk mengenai JDT,” katanya menerusi satu temubual di Johor Southern Tigers.

Terdahulu, BH Sukan melaporkan pemotongan mata ke atas pasukan ataupun hukuman beraksi dalam stadium kosong dilihat mampu ‘mengajar’ segelintir penyokong yang terus degil melanggar peraturan termasuklah membakar suar di dalam stadium.

Tindakan menyalakan suar adalah melanggar obligasi penganjuran perlawanan dan bertentangan dengan Artikel 70.1 Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah melihat mana mana hukuman seperti yang dinyatakan itu sebagai tindakan yang boleh ‘diterima’ bagi mengelakkan insiden sama terus berulang.

sumber:- BH

Sementara itu, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa turut senada dengan Kamarudin apabila menyifatkan hukuman denda berbentuk wang ringgit tidak akan ‘jalan’ khususnya ke atas pasukan yang memiliki kedudukan kewangan yang selesa.