Ng Tze Yong mengetepikan pemain di ranking ke-14 dunia, Ng Ka Long, untuk mara ke suku akhir Terbuka Korea Selatan itu.
Kejayaan menoktahkan perjuangan lawan dari Hong Kong itu 21-18, 21-17 dalam tempoh 50 minit sebentar tadi, secara tidak langsung melunaskan kekecewaan peminat negara selepas menyaksikan Lee Zii Jia ditumbangkan lawan sama, semalam.
Dalam perkembangan beregu wanita pula, sandaran utama kebangsaan, Pearly Tan-M Thinaah, terpaksa akur dengan keampuhan gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, untuk melepasi pusingan kedua jelajah super 500 itu.
Begitupun, ia tidak bermakna Pearly Tan-Thinaah memberi jalan mudah buat seteru mereka itu sebelum kecundang 17-21, -21-17, 19-21 dalam tempoh lebih sejam permainan.
sumber:_ SA
Turut kecewa, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang gagal menepati status sebagai pilihan ketujuh beregu campuran kejohanan selepas kalah kepada Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 17-21, 13-21, sekali gus menuruti jejak Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang disingkirkan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 9-21, 7-21.