sukan

‘Foul’ yang tidak adil

Penolong ketua jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abd Wahid akur dengan kekalahan skuad kendaliannya di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) namun berpandangan anak buahnya disekat daripada melakukan serangan dengan cara tidak sepatutnya.

Jurulatih berusia 46 tahun itu berkata Penang cuba bermain secara terbuka dan berusaha melepasi bahagian tengah dan menembusi serangan kem pelawat tetapi diperlakukan dengan ‘foul’ yang dirasakan tidak adil buat pihaknya.

“Dalam terma bola sepak ada taktikal ‘foul’ tapi yang logik dan sesuailah saya sebut bahasa lebih lembut kadang-kadang tak sepatutnya ‘foul’ sehingga menyebabkan pasukan satu lagi tidak dapat menyerang seperti biasa.

“Jika perkara itu berlaku dengan adil mungkin ada serangan yang lebih baik antara kedua belah pihak. JDT sudah tentu baik tapi mungkin lebih baik buat Penang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Tambah Manzoor Azwira beliau bersimpati dengan penonton yang mahu melihat serangan balas pasukan yang bertembung dengan JDT dan bagaimana pasukan paling hebat itu mengekang kebangkitan lawan mereka namun situasi itu tidak berlaku.

Beliau berpendapat sesetengah situasi boleh dikawal dan tidak sepatutnya dihentikan perlawanan atas faktor ‘taktikal foul’ dengan JDT mempunyai kesempatan untuk menyusun permainan apabila aksi terhenti.

“Kita nak pi (pergi) serang tapi berlaku perkara tak sepatutnya kemudian lawan sudah boleh susun semula pasukan mereka. Sepatutnya kita cakap profesional semangat kesukanan baru penonton gembira dan menikmati permainan.

sumber:- HM

“Saya cuma simpati dekat penyokong mereka nak tengok serangan ke arah JDT kalau kita cakap bola sepak moden ‘parkir bas’ orang marah tak memajukan bola sepak tapi situasi begini maju ke?,” soalnya.