Wira yang tidak didendang

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera sememangnya layak memegang ‘takhta’ sebagai pemain termahal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) berdasarkan kepada kualiti dan persembahan yang ditunjukkan striker itu.

Pemerhati bola sepak tempatan, Serbegeth Singh menyifatkan pemain berusia 31 tahun itu sebagai pemain import terbaik bagi musim 2020 dan menganggap Cabrera sebagai ‘wira yang tidak didendang’ untuk skuad JDT.

Persembahannya begitu konsisten bersama JDT tetapi dia kurang mendapat tumpuan yang sepatutnya. Mungkin sebab itulah dia boleh sentiasa fokus untuk beraksi dan memberikan persembahan yang terbaik.

Dia adalah pemain import terbaik bagi Liga M pada musim ini. Walaupun akan berusia 32 tahun tetapi saya percaya dia tidak akan berdepan masalah mengekalkan konsistensi kerana kualiti yang ada pada dirinya.

Dia memiliki kawalan bola yang baik, mampu menggelecek dengan pantas dan kemampuan penyudah yang t@jam. Selain itu, dia mampu menyesuaikan diri untuk beraksi di mana-mana posisi serangan seperti sayap ataupun pemain nombor 10, katanya.

Terdahulu, BH Sukan melaporkan ketiadaan Diogo Santo yang berhijrah ke Thailand serta Sanjaar Shaakhmedov yang meninggalkan Terengganu FC (TFC) menyaksikan status pemain termahal Liga M musim depan ‘bertukar tangan’ kepada Cabrera.

Menerusi semakan di laman sesawang www.transfermarkt.co.uk, pemain yang dikatakan berpeluang cerah menjadi pemain naturalisasi itu menghuni tangga teratas nilai pasaran bagi Liga M dengan dia kini bernilai RM2.93 juta.

Sebelum ini, Diogo yang juga bekas pemain JDT bernilai RM4.8 juta sementara Shaakhmedov yang juga bekas arkitek skuad Penyu itu bernilai RM3.8 juta.

Bagaimanapun, nilai pasaran itu sebenarnya mervdum kerana pada April tahun lalu, pemain dari Argentina itu memiliki nilai setinggi RM3.6 juta namun situasi sama dapat disaksikan kepada semua pemain di mana nilai mereka juga jatuh.