Terengganu FC terima kejutan TMJ

Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sempat mencemar duli melawat bilik persalinanan Terengganu FC selepas tamat perlawanan di antara kedua-dua pasukan pada malam tadi untuk mengucapkan tahniah kepada barisan anak buah Nafuzi Zain.

Dalam perlawanan Liga Super pada malam tadi yang berlangsung di Stadium Sulta Ibrahim, JDT ditewaskan buat kali pertama pada musim ini apabila kalah 1-0 kepada Terengganu FC.

K3jutan berlaku di Iskandar Puteri apabila rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim lebur di tangan Terengganu selepas tewas 1-0 dalam aksi Liga Super.

Jaringan tunggal pemain muda Hakimi Abdullah sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Nafuzi Zain itu mencuri tiga mata dan sekaligus merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga tersebut.

Kali terakhir JDT tewas di tempat sendiri dalam aksi Liga Super adalah pada Julai 2019 kepada PJ City.

Walaupun tewas, JDT masih kekal di puncak liga dengan 23 mata sementara Terengganu pula mengekori rapat di tangga kedua dengan dibezakan hanya dua mata sahaja.

Selepas perlawanan itu , TMJ mencemar duli untuk melawat bilik persalinan pasukan Terengganu FC untuk mengucapkan tahniah kepada para pemain Nafuzi Zain.

TMJ dengan gaya santainya bersalaman dengan pemain-pemain Terengganu FC sambil mengucapkan tahniah serta selamat maju jaya kepada mereka semua.

Video ini telah dikongsi di platform media sosial tidak rasmi pasukan berkenaan dan sikap yang ditampilkan pemilik JDT itu mendapat pujian daripada peminat bola sepak tempatan.

Ternyata , Tunku Mahkota Johor ‘down to earth’ dan menunjukkan sikap ‘fair play’ kepada pasukan lawan.