Teka – Teki Masa Depan Aidil Akhirnya Terjawab

ALOR SETAR: Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengesahkan telah menyatakan persetujuan untuk menyambung kontrak selama dua tahun bersama pasukan itu.

Menurutnya, beliau hanya menanti masa untuk menandatangani kontrak setelah mengadakanperbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) baru-baru ini.

Setakat ini saya dan KFA bersetuju untuk menyambung kontrak dan hanya menanti masa untuk menandatanganinya.

Layak beraksi di Piala AFC sememangnya menjadi antara faktor utama mengapa saya mahu kekal di sini tetapi yang lebih penting saya juga sayangkan pemain, penyokong dan kehidupan di sini, katanya di Alor Setar semalam.

Kenyataan Aidil itu nyata memberi kelegaan kepada para penyokong hijau kuning yang selama ini sememangnya mengharapkan supaya KFA dapat melakukan apa sahaja bagi mengekalkan beliau di bumi Darul Aman.

Sebelum ini terdapat spekulasi menyatakan Aidil sedang dibvru sekurang-kurangnya lima pasukan dalam Liga Malaysia selain beliau sendiri pernah mendedahkan turut dipancing dua pasukan dari Indonesia dan satu dari tanah kelahirannya, Singapura.

Mengulas lanjut Aidil berkata, penambahbaikan dilakukan pihak pengurusan dalam beberapa aspek turut mempengaruhinya untuk terus melatih Kedah.

Mengenai pemain, saya difahamkan kami akan mengekalkan kira-kira 90 peratus daripada apa yang ada dalam pasukan kini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan atas kepercayaan diberi dan tidak akan mensia-siakan peluang diberi, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *