Sri Pahang kalah lagi

Perak FC mencatat kemenangan pertama pada saingan Liga Super selepas men3waskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Kejayaan itu ternyata memberi svntikan s3mangat kepada Perak selepas sekadar seri tanpa jaringan men3ntang PJ City, manakala Sri Pahang gagal bangkit apabila t3was buat kali kedua berturut-turut selepas tewas kepada Selangor FC 3-1.

Bagaimanapun, tuan rumah bermula garang apabila memiliki peluang membolosi gawang Perak namun pemain tengah, Shahrul Aizad Zulkifli gagal melakukan penyudah tepat.

Namun, dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, tuan rumah dikejutkan gol pendahuluan Perak menerusi jaringan J Partiban yang men3waskan penjaga gol, Helmi Eliza Elias.

Bersambung babak kedua, Perak yang dilatih Chong Yee Fatt terus memberi tekanan kepada Sri Pahang apabila berjaya menjaringkan gol kedua. Jaringan kedua itu disempurnakan oleh Muhammad Farhan Roslan sekali gus Helmi Eliza tewas buat kali kedua.

sumber : BH

Ketinggalan dua gol, skuad kendalian Thomas Dooley berusaha mengurangkan defisit gol tetapi berjaya disekat pertahanan lawan dan akhirnya terpaksa akur mengalami kekalahan kedua berturut-turut.