Semangat Lain Macam Main Untuk Negeri Sendiri

Pemain pertahanan Kedah, Ariff Farhan Md Isa menganggap ‘peluang kedua’ selepas dipilih semula ke dalam pasukan Kedah musim depan sebagai rezeki buatnya untuk kembali membuktikan kemampuannya seperti yang pernah dicapai pada musim 2016 hingga 2018 yang lalu.

Saya bertekad nak buktikan kembali kepada penyokong sepertimana aksi terbaik saya capai semasa bersama Kedah pada musim 2016 hingga 2018 lalu, dan bila sudah balik ke Kedah saya berazam mahu membuktikannya masih bagus seperti dulu.

Sebab kita sudah balik main untuk negeri sendiri, kita nak bagi yang terbaik kerana semangat beraksi di negeri sendiri lain sikit dan kalau diikutkan ramai juga pemain Kedah yang duduk di luar (Kedah) memang hendak balik beraksi bersama Kedah, dan saya anggap bila sudah dapat peluang balik kira rezeki buat saya

“Kalau tak dapat beri yang terbaik di tempat sendiri, kita akan rasa tak puas hati kerana kita main untuk negeri sendiri dan kita mesti buktikan apa yang kita mampu,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil ini juga turut mengakui melalui persefahaman yang baik terutama dengan rakan sepasukan lama dalam pasukan Kedah yang masih kekal hingga kini akan menambahkan lagi keyakinan dan semangat juang untuk dia beraksi.

Ariff yang berhijrah ke PKNS FC dan kemudian ke FELDA United bermula musim 2019 lalu menyangkal dakwaan sesetengah peminat yang menganggap kec3deraan yang dialaminya sebelum ini menyebabkan namanya kurang menonjol sejak beraksi di luar Kedah.

“Bagi saya, tiada apa-apa masalah yang diperkatakan berkaitan kec3deraan sebelum ini, malah saya kini boleh bermain seperti biasa dan mampu beraksi macam dulu balik.

“Kepada penyokong anggap saya ‘off- form’ , saya mahu buktikan sesuatu bila saya (sudah) balik ini, dan saya tak boleh cakap kosong sahaja, malah saya mahu tunjuk balik kemampuan yang diharapkan,” katanya.

Bekas pemain Har!mau Muda A pada tahun 2012 hingga 2015 yang berusia 24 tahun ini juga meletakkan s@saran piala bersama skuad Kedah untuk musim depan termasuk impiannya untuk bersama skuad kebangsaan.