Saya Masih Ada Hasrat

Alor Setar: Dua debaran kini dinantikan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam usaha memastikan pasukannya terus menjadi antara pasukan terbaik di Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini dan seterusnya di masa depan.

Selain menghadapi ujian penting aksi penentuan tempat kedua Liga Super

men3ntang Perak, Ahad ini bagi melayakkan diri ke Piala AFC musim depan, Aidil juga kini sedang berd3bar dalam membuat perhitungan mengenai lanjutan kontraknya bersama Kedah untuk musim depan.

Saya masih menyimpan hasrat bersama Kedah untuk musim depan dan saya masih menantikan rundingan penuh berkaitan keseluruhan kontrak bersama Kedah dalam masa terdekat ini.

Pihak pengurusan pasukan sudah menyatakan hasrat agar saya terus kekal bersama Kedah, namun rundingan itu belum lagi berakhir sepenuhnya termasuk membabitkan hal gaji.

Secara jujurnya saya tidak berhasrat membuat permintaan tambahan untuk musim depan malahan saya berharap pengurusan dapat mengekalkan tawaran sepertimana yang saya perolehi sejak dua tahun lalu hingga kini kerana pada saya wang bukanlah segala-galanya.

Niat saya adalah untuk kekal di Kedah dan mahu melihat pembangunan pemain-pemain muda di Kedah lebih berjaya ke arah bola sepak profesional,katanya

Aidil juga mengakui beliau sudah serasi berada di Kedah dan agak sukar untuknya meninggalkan Kedah tambahan pula keluarga serta penyokong juga sedang memberi sokongan semangat untuknya supaya terus kekal.

Dalam masa yang singkat ini juga Aidil kini sedang berjvang mempersiapkan pasukan untuk aksi perlawanan Liga Super terakhir menentang Perak di Ipoh yang menjadi penentu tempat kedua serta peluang layak beraksi di pentas Piala AFC musim depan.

Dalam persiapan bertemu Perak, kami tetap tenang membuat perancangan yang diperlukan untuk memastikan Kedah dapat kekal dan mengakhiri siri Liga Super musim ini pada tangga kedua.

Usaha gigih dan semangat juang yang berterusan dalam pasukan pada musim ini akan mengiringi kami untuk perlawanan terakhir Liga Super di Ipoh ahad ini.

Kami sedar ini bukan satu tugas mudah bertemu Perak yang konsisten dalam aksi sebelum ini, dan kami perlu berjvang dengan habis-habisan untuk membuktikan keupayaan yang ada pada kami pada musim ini, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *