Sah bersama Sri Pahang FC

Bekas jurulatih kebangsaan Fiji, Christophe Gamel sah dilantik selaku penolong jurulatih Sri Pahang FC bagi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengesahan Gamel berasal dari Perancis itu diumum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang, hari ini.

“Gamel sudah berada di Kuantan selepas menamatkan tempoh kuar4ntin. Kehadiran Gamel sememangnya dinantikan dalam usaha memperkasakan Sri Pahang FC musim ini.

“Pemilihan Gamel, 48 juga atas persetujuan ketua jurulatih (Thomas Dooley) yang ingin mendapatkan khidmat bekas jurulatih Fiji itu.

“Dooley bukan sahaja dibantu Gamel, malah Ahmad Yusof turut dilantik sebagai penolong jurulatih Sri Pahang musim ini.

“Dengan dibantu dua penolong jurulatih, Sri Pahang mengharapkan pencapaian terbaik akan diraih pasukan yang diketuai Dooley,” katanya.

Selain Dooley selaku ketua jurulatih dibantu Gamel dan Ahmad, Sri Pahang melantik Dollah Salleh sebagai pengurus pasukan.

Gandingan empat individu yang berpengalaman diyakini memberi impak positif ketika Sri Pahang mahu melakar pencapaian gemilang musim ini. Mengulas dua kuota import yang masih belum diisi, beliau berkata, pasukan itu masih mengenal pasti pemain yang bakal beraksi di bahagian ser4ngan dan pertahanan.

Ketika ini, tiga daripada lima kuota import sudah diisi iaitu Sergio Aguero, Lee Tuck dan Herold Goulon yang masing-masing beraksi di posisi ser4ngan, tengah dan pertahanan.