Safawi Memang Ada

Berdasarkan kemaskini terbaru yang dibuat oleh media pasukan Portimonense SC sebentar tadi, Safawi Rasid disahkan akan berada dalam senarai pemain simpanan untuk perlawanan Premeira Liga berdepan FC Porto awal pagi ini.

Tinjauan dibeberapa platform media sosial mendapati bahawa penyokong bola sepak Malaysia begitu teruja melihat gambar jersi dengan nama Safawi dimuat naik dan pastinya tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan itu nanti.

Jersi kuning away dengan nombor 29 itu nampaknya bakal menjadi sebahagian dari koleksi pengumpul jersi tidak lama lagi dan lebih bermakna jika Safawi dapat melakukan debut hari ini.

Banyak komen-komen di media sosial yang memberikan kata-kata semangat dan tidak kurang juga sukar mempercayai pemain dari Malaysia berpeluang untuk diturunkan dalam satu perlawanan berdepan kelab gergasi seperti FC Porto.

Ada juga komen nakal yang mahukan Safawi b3lasah Pepe bagi pihak mereka kerana mungkin b3nci melihat aksi pemain tersebut yang sudah tersimpan sekian lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *