Safawi Mara Ke Final

Bola sepak Malaysia kembali mendapat sor0tan apabila gol yang dijaringkan oleh pemain sayap Johor Darul Tazim, Safawi Rasid pada perlawnan AFC Champions League (ACL) menent@ng Shandong Luneng musim lalu mara ke peringkat akhir bagi anugerah Best ACL Goal of the Decade.

Daripada 20 gol yang disenaraikan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jaringan Safawi menerima undian tinggi sekaligus terpilih dalam senarai 10 jaringan yang akan dipertandingan di pusingan akhir.

Selain jaringan Safawi, sembilan lagi jaringan yang terpilih ialah gol yang dihasilkan oleh Abdulaziz Al Dawsari (Al Hilal), Wesley (Al Hilal), Andranik Teymourian (Esteghlal), Mahmoud Khamis (Al Nasr), Abdulmajeed Al Swat (Al Taawoun), Mame Thiam (Esteghlal), Shojae Khalilzadeh (Persepolis), Romarinho (Al Ittihad) dan Mehdi Torabi (Persepolis).

Anda boleh mengundi jaringan Safawi di sini sekaligus membantu pemain berusia 22 tahun ini memenangi anugerah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *