Safawi Join Pasukan Utama

Safawi Rasid mengesahkan beliau sudah mula berlatih dengan skuad utama Portimonense SC.

Pemain berusia 23 tahun itu sepatutnya beraksi bersama skuad B-23, namun tidak dapat berbuat demikian selepas didapati ada pemain yang positif C0VID-19.

Saya akan mula latihan untuk pasukan utama, katanya kepada Berita Harian.

Jadi perlawanan liga B-23 saya tak sertai sebab ketua jurulatih pasukan utama tak bagi sertai, takut berjangkit.

Jika Safawi terus bersama skuad utama, beliau berpeluang untuk tampil buat kali pertama dalam saingan Liga Primeira menentang Santa Clara, Ahad ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *