Ronaldo akan ke United

LONDON: Manchester United dilapor sedang mengadakan rundingan bagi menandatangani Cristiano Ronaldo pada musim depan selepas Juventus dikatakan mahu menjual bintang s3nsasi itu.

Juara Serie A itu dipercayai bersungguh-sungguh untuk menjual bekas bintang Real Madrid itu.

Juventus mahu melepaskan Ronaldo bagi mendapatkan wang tunai sebelum kontrak pemain Portugal itu tamat pada hujung musim 2021/2022 sekali gus tidak lagi menanggung b3ban membayar gaji pemain itu sebanyak 540,000 pound (RM2.9 juta) seminggu.

Kini, United dilapor sedang berunding dengan Ronaldo menurut laporan wartawan terkemuka Fox Amerika, Christian Martin.

Ronaldo dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran berkenaan dan Juventus terbuka untuk mengadakan rundingan dengan United.

Sumber kami di Manchester dan Porto mengesahkan Manchester United bersungguh-sungguh mahu membawa semula Cristiano Ronaldo ke kelab itu musim depan.

Bintang Portugal itu sedang mempertimbangkan. Juventus akan memulakan rundingan sekiranya Ronaldo meminta berbuat demikian, tulis Martin menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *