Rayuan Tetap ditolak

Baki saingan Piala Malaysia musim ini terpaksa ditangguhkan selepas rayuan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk meneruskan pertandingan itu ditolak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkembangan itu diumumkan Menteri Kanan (Kes3lamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media, sebentar tadi.

Kita sudah mendengar rayuan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya Piala Malaysia dapat diteruskan. Namun selepas berbincang, kita dapati bahawa bah@ya jangk!tan ini bukan sahaja berlaku di tengah padang.

Kesannya kita fikir agak besar jadi atas tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kes!hatan rakyat, mesyuarat membuat keputusan untuk tidak membenarkan pertandingan ini diteruskan dan ditangguhkan.

Saya difahamkan banyak lagi kejohanan yang dibatalkan contohnya bola keranjang dan Sukan Malaysia (SUKMA). Semua pertandingan dibatalkan, jadi kita perlu konsisten dalam membuat keputusan, katanya.

Terdahulu, badan pengendali liga itu semalam mengemukakan rayuan kepada MKN agar dapat mempertimbangkan semula keputusan menangguhkan saingan kejohanan tertua itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berharap MKN akan mempertimbangkan rayuan MFL untuk meneruskan aksi Piala Malaysia yang memasuki peringkat suku akhir dengan mengikut perancangan khas serta prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengadakan perlawanan secara berpusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *