Penalti Selamatkan Kv Kortrijk

Kuala Lumpur: Jaringan penalti, Ilombe Mboyo pada masa kec3deraan meny3lamatkan KV Kortrijk (KVK) daripada kekalahan apabila berjaya mengikat Zulte Waregem 1-1 di Stadium Regenboog, semalam.

Striker muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang terpaksa diketepikan ekoran kec3deraan hamstr!ng menyaksikan KVK terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas lawan mendahului menerusi Tomas Chory pada minit ke-77.

Satu mata yang diraih itu sememangnya cukup berharga apatah lagi ia dilakar di gelanggang lawan.

Keputusan itu menyaksikan KVK kekal di pertengahan liga dengan menduduki tangga ke-11 daripada 18 pasukan bertanding.

Ketika ini skuad kendalian Yves Vanderhaeghe itu mengumpul 15 mata selepas mengharungi 11 aksi setakat ini.

Minggu lalu, KVK tewas 1-3 kepada RSC Anderlecht dengan Luqman diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-74 untuk dia meraih penampilan pertama di Belgium sekaligus melakar sejarah sebagai pemain Malaysia pertama beraksi dalam liga utama di Eopah.

Begitupun, masalah kec3deraan dialami ketika menjalani latihan sehari selepas menentang RSC Anderlecht menyaksikan dia terpaksa berehat selama tiga minggu bagi menjalani proses pemvlihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *