Pemain Baharu Akan Jadi Milik JDT

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) giat melakukan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Baru-baru ini, pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan pihaknya telah mendapatkan khidmat pemain kacvkan negara, Isaac Angking ketika sesi temu bual bersama Astro Arena semalam.

Angking merupakan pemain kacukan Malaysia-Puerto Rico dimana bapa beliau berasal dari Puerto Rico manakala ibunya pula berasal dari Sarawak.

Pemain berusia 20 tahun itu telah beraksi dengan beberapa kelab di Amerika Syarikat antaranya New England Rev0lution, Hartford Athletic dan Charlotte Independence.

Selain itu, Isaac Angking yang banyak beraksi di bahagian tengah juga pernah beraksi dengan pasukan bawah umur Amerika Syarikat dimana beliau pernah menyarung jersi skuad B-17 dan B-20 tahun.

Angking juga pernah dipanggil untuk menyertai sesi latihan skuad senior Puerto Rico sebagai persiapan menjelang dua perlawanan persahabatan men3ntang Republik Dominika dan Guatemala.

Selain mengumumkan JDT mendapatkan khidmat Angking, TMJ turut mengesahkan kelabnya menandatangani bekas pemain tengah skuad B-23 tahun negara, Daniel Amier Norhisham dari Felda United.