Pasukan Bintang Liga Super Minat Lee Tuck

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) hampir pasti mengikat kontrak bekas striker import kelahiran Argentina, Sergio Ezequiel Aguero bagi menguatkan jentera s3rangan skuad Pahang musim depan.

Difahamkan perbincangan dengan striker berusia 26 tahun dan mempunyai ketinggian 1.74 meter itu sudahpun diadakan, persetujuan kedua belah pihak berjaya dicapai.

Striker muda berkenaan sebelum ini pernah beraksi bersama Melaka United (2017), Selangor United (2018), Pulau Pinang (2019) dan musim ini mewakili KL Rovers Liga M3.

Turut menarik minat PBNP bagi mengisi kelibat beberapa pemain striker yang digvgurkan musim depan ialah bekas arkitek Terengganu FC, Lee Tuck.

Pemain berd@rah campuran England-Malaysia itu dikatakan sudah mengadakan perbincangan dengan barisan kepimpinan PBNP namun keputusan muktamad masih belum diumumkan lagi.

Bagi pemain tempatan beberapa bekas pemain muda Felda United dan UiTM FC kini dalam rada untuk dipikat dalam usaha membentuk pasukan Pahang yang mantap seterusnya berupaya mencatat kejayaan diharapkan musim depan yang dijangka lebih mencabar.

Usaha PBNP mengumpul pemain muda sebagai persediaan jangka panjang pasukan, mereka inginkan pencapaian kejayaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beberapa pemain muda musim ini teruskan dikekalkan yang akan menjadi senjata seterusnya membentuk pasukan Pahang yang lebih berkesan dalam usaha menghasilkan kejayaan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Kini peminat setia Pahang menunggu senarai barisan kejurulatihan musim depan, adakah jurulatih Dollah Salleh dan pembantunya Ahmad Yusof dikekalkan atau sebaliknya, nasib mereka akan ditentukan pucuk pimpinan PBNP dalam masa terdekat.

Musim ini PBNP menamatkan kontrak striker kelahiran Pulau Pinang, Mohd Faisal Abdul Halim dan Orang besi Dickson Nwakaeme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *