Paling Tinggi Setakat Ni

Minggu lepas, syarikat telekomunikasi terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia (TM) menawarkan siaran langsung semua perlawnan CIMB Liga Super secara percuma melalui saluran unifiTV mereka.

Lebih menarik, ia turut disiarkan melalui laman You Tube sekaligus memudahkan peminat bola sepak tempatan menonton perlawnan yang melibatkan pasukan kesayangan mereka tanpa memerlukan aplikasi tambahan.

Selepas dua perlawnan Liga Super, tinjauan VocketFC di laman You Tube mendapati perlawnan yang melibatkan pasukan Johor Darul Tazim (JDT) sentiasa mencatat jumlah tontonan paling tinggi berbanding perlawnan lain.

Perlawnan menent@ng pasukan Pahang pada 28 Ogos lalu telah mencatat lebih 80,000 tontonan sehingga separuh masa kedua manakala perlawnan menent@ng Perak di Stadium Sultan Ibrahim pada jumaat lepas hampir mencecah 100,000 tontonan.

Jumlah itu dijangka akan meningkat kepada 200,000 tontonan ketika perlawnan menent@ng Terengganu FC dan Selangor minggu depan memandangkan ia adalah perlawnan yang paling ditunggu-tunggukan.

Antara faktor yang menyumbang kepada jumlah tontonan tertinggi ini ialah prestasi JDT yang sentiasa konsisten dan merupakan pasukan pilihan untuk raih gelaran juara buat kali ketujuh musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *