Orang Dalam Portimonense Yang Dedah

Menurut satu ciapan salah seorang peminat bola sepak Malaysia, Mohd Hassan, beliau memuat naik tentang bayangan bahawa Safawi Rasid bakal diturunkan untuk perlawanan Liga Portugal men3ntang Santa Clara.

Mohd Hassan yang bertanyakan laman IG @portmonense1 berkenaan siaran langsung perlawanan skuad bawah 23 tahun Portimo menerima maklum balas yang bakal menggembirakan rakyat Malaysia.

Safawi tidak bermain (skuad bawah 23 tahun) kerana beliau bakal bermain dalam skuad utama untuk perlawanan akan datang.

Laman IG @portimonense1 merupakan milik individu yang kelihatannya seperti orang dalam kelab terbabit dan juga dipercayai merupakan jurugambar tidak rasmi pasukan Portimonense.

Pemain ternama dunia seperti Deco turut sama mengikuti akaun Instagram ini.

Safawi sebelum ini beraksi selama hampir 60 minit untuk skuad bawah 23 tahun Portimo dalam perlawanan men3ntang Sporting SC dan masih belum beraksi untuk skuad utama dalam dua perlawanan terdahulu.

Portimonense bakal menerima kunjungan Santa Clara pada Ahad, 1 November 2020 jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *