Messi buat pusingan U

LONDON: Lione Messi dijangka membut pusingan ‘U’ apabila mempertimbangkan untuk kekal setahun lagi bersama Barcelona, menurut bapanya.

Jorge yang juga ejen kepada pemain berusia 33 tahun itu terbang ke Sepanyol bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu.

Messi sebelum ini dilaporkan ditawarkan kontrak bernilai 623 juta pound (RM3.46 bilion) bagi menyertai Manchester City pada musim p@nas ini.

Bagaimanapun, selepas pertemuan yang dianggap positif dengan bos Barcelona, bapanya mengakui pemain itu mungkin kekal di Sepanyol.

Ditanya kemungkinan penyrang antarabangsa Argentina itu akan kekal di Nou Camp, Jorge dengan ringkas menjawab: “Ya.”

Ketika diajukan soalan mengenai pertemuan dengan Josep Maria Bartomeu, dia berkata: “Sangat baik.”

Jika benar Messi kekal bersama The Catalan ia akan menyaksikan pemain berkenaan membuat pusingan ‘U’ selepas Jorge sebelum ini meneg@skan anaknya tidak akan kekal dengan kelab berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *