Liverpool cipta rekod Walaupun Kalah besar

London: Liverpool muncul juara bertahan pertama Liga Perdana Inggeris yang dibolosi tujuh gol pada saingan liga sejak 1953.

Ketika Ole Gunnar Solskjaer berasakan anak buahnya di Manchester United bakal menjadi tumpuan utama berikutan kekalahan 1-6 kepada Tottenham, namun beberapa jam selepas itu skuad bimbingan Jurgen Klopp lebih meng3rikan apabila tewas 2-7 kepada Aston Villa.

Liverpool beraksi tanpa penjaga gol utama, Alisson Becker kerana kec3deraan dan Sadio Mane serta Thiago Alcantara yang positif C0vid-19.

Ia adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi berlaku hari ini, kata Klopp yang menyaksikan skuad bimbingannya hanya tewas empat perlawanan liga sejak dua musim lalu.

Kami melakukan semua kesilapan dalam satu perlawanan. Harap kami dapat bangkit semula.

Klopp mahu barisan pemainnya kembali menjalani latihan namun mereka kini terbabit dengan tugasan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan masing-masing untuk saingan Liga Negara-Negara.

Harap kesemua mereka kembali dengan cergas sepenuhnya dan kami akan menggunakan tempoh baki dua hari untuk persediaan bertemu Everton, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *