Striker Selangor, Khyril Muhymeen bukan sahaja meletak sasaran membantu pasukannya menewaskan Johor Darul Takzim dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019 pada Sabtu ini, tetapi lebih daripada itu mengidamkan pertembungan men3ntang bekas pasukannya Kedah di final.

Menurut Khyril yang berasal dari Alor Star, pertemuan men3ntang pasukan negeri kelahirannya itu bukan sahaja mempunyai nilai s3ntimental tersendiri memandangkan dia kali terakhir menjulang trofi berprestij itu bersama Kedah dengan menewaskan Selangor pada 2008, malah akan memberi motivasi tambahan kepadanya.

Kalau jumpa Kedah di final, saya rasa lagi tentu semangat kerana akan berdepan pasukan lama, malah kebetulan final 2008 itu, Kedah menentang Selangor.

Harapan saya benda ini dapat berlaku dan dapat bangk!tkan nostalgia apa yang berlaku lebih pada 10 tahun dahulu, kepada Kedah, selamat maju saya ucapkan pada separuh akhir kedua nanti.

“Kepada rakan-rakan sepasukan, saya harap kita mampu sama-sama buat yang terbaik nanti di Shah Alam serta mengharapkan penyokong Selangor boleh datang beramai-ramai untuk buatkan lagi bersemangat tinggi untuk mara ke final,” kata Khyril Muhymeen yang menyarung jersi Kedah selama 10 tahun dan pernah dua kali memenangi trofi Piala Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Pada 2008, Kedah muncul juara selepas menewaskan Selangor 3-2 dalam aksi penuh dr@matik di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan Khyril beraksi dalam kesebelasan utama.

Mengulas mengenai pertemuan dengan JDT, Khyril yang muncul wira dengan menyumbang dua gol ketika Red G!ants menyingkirkan juara bertahan Perak di suku akhir sedar pasukannya berdepan laluan berliku untuk menewaskan juara 2017 itu yang membawa bekalan satu gol ke Stadium Shah Alam susulan kemenangan 2-1 di Larkin pada aksi pertama 19 Oktober lalu.

Apa yang berlaku kepada kami di suku akhir, mengingatkan kami kembali sebaik tewas di Larkin minggu lalu dan saya boleh katakan kami begitu hormati pihak lawan, sama seperti ketika di Ipoh.

“Di Shah Alam, kami akan lebih agr3sif, fokus dan mentaliti kami dijangka lebih kuat dalam mendapatkan kemenangan untuk atasi defisit yang dimiliki pihak lawan,” katanya.

Pada separuh akhir pertama, JDT menang 2-1 melalui jaringan Syafiq Ahmad dan Leandro Velazquez sementara gol tunggal Selangor disumbangkan Ifedayo Olusegun.

Selangor kali terakhir layak ke final adalah pada tahun 2016, yang mana mereka tewas kepada Kedah.