KFA Buat Aidil Sharin Tertanya-Tanya

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dilaporkan sudah menjelaskan baki 60 peratus pembayaran gaji pemain dan pegawainya bagi bulan Mac.

Bagaimanapun, di sebalik berita gembira itu, timbul pula satu perkara baru yang membuatkan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, tertanya-tanya.

Ia berdasarkan kekel!ruannya apabila pihak KFA dikhabarkan masih mahu berunding mengenai baki pembayaran gaji yang masih tertunggak itu.

Jika itulah yang sedang difikirkan KFA, ia ternyata sudah mel@nggar ketetapan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di mana tiada lagi pemot0ngan gaji bermula April lalu.

Namun, jika Kedah berhasrat untuk membuat pembayaran penuh, Aidil Sharin sedia ke meja rundingan.

Apa yang ditetapkan oleh FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia), pembayaran bulan Mac perlu diselesaikan sebelum bulan Mei atau Jun dan pembayaran selepas itu sepatutnya tidak boleh ada pemot0ngan.

Jadi, saya fikir pemain sudah berpegang kepada kenyataan itu dan kita perlu berlaku adil kepada mereka.

“Kami bukannya tidak mahu bertolak ansur tetapi mereka sudah lama bers@bar biarpun tidak menerima gaji,” katanya.

Jurulatih itu turut menyuarakan kebimbangannya seandainya KFA g@gal melakukan pembayaran sehingga November depan, di mana majoriti pemain dan jurulatih pada ketika itu sudahpun menamatkan kontrak mereka.

Pihak pengurusan juga perlu memahami juga mengenai situasi yang dihadapi pemain dan pegawai.

Melainkan mereka boleh menyelesaikannya (pembayaran) secara sekali gus, kami boleh berbincang lagi untuk melakukan sedikit pemot0ngan.

“Tetapi sehingga saat ini, kami belum mendapat sebarang berita mengenai bila mereka akan melakukan perbincangan berkaitan pemot0ngan itu,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *