Kenapa Batal Lebih baik berbanding tangguh

Pandangan saya pemain pun b!mbang nak main jika perlawanan Piala Malaysia diteruskan kerana ianya berb@haya sebab membabitkan sentuhan sebagaimana dimaklumkan Kementerian Kesihatan.

Jadi walaupun sukar untuk membuat keputusan, batal saingan itu adalah jalan terbaik dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) perlu membuat keputusan segera berhubung status terkini saingan Piala Malaysia itu bagi memudahkan pasukan untuk mengurus, kata jurulatih berpengalaman, Ismail Zakaria.

Semalam Menteri Kanan (Kes3lamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak rayuan MFL bagi meneruskan baki Piala Malaysia yang kini memasuki aksi suku akhir dengan alasan k3sannya cukup besar kepada mereka yang terbabit dengan pand3mik C0VID-19.

Pada April lalu, bekas pengendali UiTM itu sudah menyarankan saingan piala berprestij itu dibatalkan dan hanya saingan liga diteruskan.

Bagi saya ketika ini semua pihak yang terlibat juga perlu berk0rban dalam apa jua aspek kerana ia tidak boleh diambil mudah, kita perlu sedar dan terima ini dugaan kepada semua.

Semua pihak yang terlibat juga perlu akur dan reda demi kes3lamatan mereka dan keluarga, lagipun saya tak nampak saingan dapat diteruskan dengan masa semakin suntuk selepas Majlis Kes3lamatan Negara (MKN) menolak rayuan MFL.

Satu lagi jika tidak batal dan dilanjutkan sehingga Disember, ianya memberi k3san kepada pasukan kerana kontrak pemain bakal berakhir pada hujung bulan ini.

Jadi siapa nak bayar gaji mereka jika dilanjutkan sehingga Disember? Bukan dalam jumlah yang sedikit, penaja pun saya rasa tidak sanggup lagi untuk menampung kewangan… Dahlah stadium kosong tanpa penonton, jadi sudah tentu penaja pun juga terk3san.

Jadi lebih baik batal saja saingan Piala Malaysia ini dan semua pasukan boleh tumpu untuk persiapan musim depan yang boleh diawalkan pada Januari, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *