Kedah Mungkin Layak Tapi ada Berita Kurang Enak

Kedah memungut kelebihan untuk meny@mbar kedudukan kedua Liga Super melalui kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi 

Menjelang perlawanan terakhir divisyen utama itu Sabtu ini, gol tunggal daripada Shakir Hamzah membawa makna besar buat skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak berkenaan untuk meny@mbar slot ke Piala AFC musim depan. 

Kejayaan mengutip mata penuh dalam perlawanan tunggal malam ini memberi makna cukup besar buat Lang Merah untuk satu mata di depan sekali gus memintas kedudukan Perak yang merekodkan 18 mata, sementara Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah pun mengesahkan gelaran musim ini buat kali ketujuh selepas menundukkan Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat lalu. 

Shakir memanfaatkan s3pakan penjuru daripada Tchetche Kipre pada minit ke-19 untuk menggegar gawang yang dikawal bekas tonggak kebangsaan, Norazlan Razali, menerusi tandukan k3ncang. 

Kedah turun dengan bersemangat tinggi dan komitmen itu diperlihatkan sejak minit pertama permainan dengan melancarkan s3rangan bertali arus yang diketuai Baddrol Bakhtiar disusuli percubaan jarak dekat Kpah Sherman.

Melaka beroleh dua peluang terbaik untuk mengikat kedudukan dalam separuh masa pertama tetapi penjaga gol ketiga Kedah, Azri Ghani — yang beraksi buat kali pertama musim ini — bertindak cemerlang  mematahkan percubaan Uche Agba. 

Striker dari Nigeria itu turut berpeluang dalam awal babak kedua tetapi terus buntu untuk merobek benteng lawan. 

Satu-satunya berita kurang enak untuk pasukan wakil utara itu ialah situasi kec3deraan Hadin Azman.

Bekas ketua pasukan Felda United itu hanya sempat bertahan selama empat minit di atas padang sebelum terpaksa diusung keluar kerana masalah hamstr!ng pada minit ke-89. 

Ini perlawanan pertama yang amat penting bagi saya. 

Semua pemain telah berikan komitmen terbaik. 

Jurulatih berpesan supaya saya menikmati perlawanan. Alhamdulillah ini peluang dan rekod tanpa bolos pertama bagi saya.

Saya mahu curahkan aksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya, kata Azri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *