Kedah Kembali Seperti Dulu

Naib juara Liga Super musim 2020, Kedah bakal memberikan lebih banyak peluang kepada pemain muda bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana skuad bimbingan Aidil Sharin itu bakal mengecilkan bilangan pemain dari 30 pemain kepada 25 pemain6, sambil memberi penekanan kepada penggunaan pemain muda.

Setakat ini, Kedah telah melepaskan beberapa pemain antaranya Azri Abdul Ghani, N.Thanabalan, Asri Muhammad, Aliff Yusoff, Fiqrie Abdul Talib dan bekas ketua pasukan, Khairul Helmi Johari.

Pengurusan pasukan memutuskan untuk mengekalkan beberapa pemain senior antaranya Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali bagi membimbing pemain muda musim hadapan.

Seorang lagi pemain, Irfan Zakaria dilihat semakin hampir untuk meninggalkan pasukan dimana beliau mahu berada lebih dekat dengan keluarga yang kini tinggal di Kuala Lumpur, sekaligus memberi bayangan bakal menyertai pasukan dari Lembah Klang.

Meskipun bakal beraksi dalam saingan Piala AFC musim hadapan, Kedah mengambil langkah untuk melepaskan sebahagian besar pemain berpengalaman dan menggantikan dengan pemain muda dilihat berdasarkan keadaan ekonomi semasa pasukan.

Pand3mik C0VID-19 nyata memberi kesan besar dan skuad Hijau Kuning tidak mahu berbelanja terlalu besar sehingga menyebabkan mereka mengalami Isu kewangan seperti pertengahan musim 2020.