Kedah Guna Nama Baru

ALOR SETAR: Pasukan bola sepak Kedah akan menggunakan nama Darul Aman FC (DFC) musim depan setelah berjaya melengkapkan proses penswastaan kelab baru-baru ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, penggunaan nama itu sekali gus mengelakkan daripada penggunaan akr0nim KFC yang cukup sin0nim dengan jenama restoran makanan segera terkenal.

jika letak nama Kedah Football Club, akan jadi KFC. Nak elak jadi ay@m g0reng, maka kita namakan Darul Aman Football Club.

“Logo pasukan juga berubah di mana tiada lagi lambang hel@ng mahu pun lain-lain haiw@n. Justeru, pasukan ini tidak lagi akan dikenali sebagai Lang Merah musim depan,” katanya di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau turut menunjukkan logo yang dipilihnya sendiri dan telah didaftar untuk menjadi identiti pasukan berkenaan.

Logo berbentuk per!sai itu mempunyai beberapa warna antaranya merah, kuning dan hijau serta memaparkan lima bint@ng, sebiji bola dan bunga padi yang menjadi ikon negeri.

Mengulas lanjut katanya, penggunaan nama Lang Merah yang sudah sinonim dengan Kedah tidak sepatutnya menjadi isu kerana terdapat nama lain yang turut boleh digunakan untuk menggambarkan pasukan itu.

Kita gunakan nama Hijau Kuning pun bagus. Lagi pun lagu kita yang ada penekanan terhadap Hijau Kuning, cukup sedap didengar.

“Penswastaan ini cuma formaliti saja di mana pada dasarnya kita masih menggunakan warna dan lagu yang sama serta masih boleh bersorak hijau kuning,” katanya.

Beliau menjelaskan, buat permulaan KFA akan menjadi pemilik tunggal pasukan DFC.

“Sesiapa yang berminat untuk berunding mengenai pemilikan saham boleh datang berbincang dengan kami. Setakat ini, ada beberapa pihak sudah menyatakan minat,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *