Kedah Bukan Tandingan Pahang

Jaringan tiga pemain import pada separuh masa pertama membawa Kedah ke suku akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan Pahang 3-2 pada pusingan pertama di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Seawal minit keenam, Kedah mula menunjukkan kesungguhan untuk meraih kemenangan dengan melakukan s3rangan, namun Tchetche Kipre gagal memanfaatkan peluang apabila sekadar melakukan tolakan lemah yang mudah dis3lamatkan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias dalam situasi satu lawan satu.

Jaringan pertama Kedah bagaimanapun hadir pada minit ke-17 apabila pemain pertahanan, Muhammad Shakir Hamzah m3nanduk k3ncang bola sepakan sudut kapten, Baddrol Bakhtiar untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias.

Rentak cemerlang Kedah berterusan dengan Kpah Sherman bijak memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol kedua tuan rumah, juga menerusi tandvkan hasil hantaran lintang Kipre pada minit ke-35.

Dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Kipre mengambil giliran mencetak nama selaku penjaring dengan r3mbatan k3ncang dari dalam kotak penalti yang gagal dis3lamatkan Helmi Eliza, biar pun penjaga gol Pahang itu berusaha melayangkan badannya.

Bersambung ke babak kedua perlawanan, Pahang jelas menunjukkan tanda untuk bangkit dengan melakukan beberapa siri s3rangan dan meningkatkan tempo perlawanan.

Hasilnya mereka berjaya men3mbusi gawang Kedah buat kali pertama menerusi tandvkan bekas pemain kebangsaan, Muslim Ahmad pada minit ke-49.

Striker utama Pahang, Dickson Nwakaeme kemudiannya mensia-siakan peluang paling berharga buat Pahang menambah jaringan apabila sepakan penalti diambilnya pada minit ke-78, sekadar singgah ke palang.

Namun Pahang tetap berjaya merapatkan kedudukan menerusi pemain gantian, Mohd. Faizal Abdul Rani yang bijak melepasi perangkap ofsaid bagi mel3dak gol kedua Pahang, dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *