Junior Eldstal Sah Bersama Pasukan

Pemain kacvkan negara, Junior Eldstal bakal beraksi di saingan Thai League 1 musim hadapan apabila beliau menyertai Chonburi FC.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Twitter yang selalu membawa perkembangan bola sepak Asia, Asian Football dimana Junior kembali ke kancah bola sepak profesional setelah tiga tahun berehat dan beraksi di liga bawahan England.

Setelah kembali ke Malaysia, Junior dikaitkan dengan beberapa pasukan dalam kancah Liga Malaysia antaranya kelab yang berpangkalan di Lembah Klang.

Namun, tawaran yang diberikan oleh Chonburi dilihat sukar untuk dilepaskan sekaligus pemain berusia 29 tahun itu menerima tawaran tersebut dan bakal beraksi di Thailand untuk kali pertama dalam karier beliau.

Junior bakal meneruskan legasi beberapa pemain Malaysia yang sebelum ini beraksi di liga terbaik Asia Tenggara itu.

Antara pemain negara yang pernah beraksi di Thailand ialah Shahrel Fikri (Nakhon Ratchasima), Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) serta Dominic Tan, Mohamadou Sumareh (Police Tero).