JDT menang di atas kertas

Kelibat peledak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tidak menggusarkan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin menjelang pert3mbungan dua pasukan teratas Liga Super itu malam ini.

Kata Suhaimi, biarpun JDT bagaikan memenangi ‘pertarvngan di atas kertas’, namun Penyu hadir di Stadium Sultan Ibrahim dengan misi memberi t3ntangan habis-habisan.

Katanya, pertahanan Terengganu sudah dipersiapkan untuk m3rantai bukan saja Bergson, malah Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Leandro Velazquez.

Terengganu tidak semestinya turun dengan corak bertahan dan kami harap mampu sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

Tidak dinafikan JDT berada pada prestasi terbaik ditambah kehadiran Bergson yang sudah mencetak sembilan gol, namun kami ada cara tersendiri.

“Jika kami bertenang dan bijak menggunakan peluang, tidak mustahil Terengganu mampu melebvrkan rekod JDT di Stadium Sultan Ibrahim,” katanya kepada Utusan Malaysia.

PENYU LAWAN SUKAR

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora mengakui, Terengganu antara pasukan pilihan musim ini dan perlu diberi perhatian, terutama tonggak muda mereka amat menyerlah di bawah Nafuzi Zain.

“Jurulatih Nafuzi telah melakukan tugasan yang baik dengan pemain-pemain muda namun kami positif boleh meneruskan apa yang telah lakukan,” katanya.

Dalam pertemuan terakhir mereka September tahun lalu, Terengganu memberi t3nta­ngan sebelum akur kalah tipis 0-1.

Ini kali pertama skuad Penyu bertandang stadium baharu JDT kerana pertemuan terakhir mereka di Johor berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos yang berkesudahan 3-3, Julai 2019.