JDT hilang tonggak utama

Antara sentuhan Latin atau `DNA’ Jerman, taktikal jurulatih mana yang mampu mencorak permainan ampuh bagi memburu kemenangan apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) melayan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok?

Pert3mbungan dua g3rgasi bola sepak negara ini sememangnya dinantikan peminat bola sepak tanah air dengan skuad JDT dibimbing Benjamin Mora manakala Karsten Neitzel kendali Selangor FC.

Bagi aksi ini, Mora bakal melakukan rombakan kecil barisan pemainnya selepas pel3dak s3nsasi, Safawi Rasid tersisih akibat c3dera ketika aksi men3ntang UiTM FC di Shah Alam minggu lalu.

Ketiadaan pemain kebangsaan itu dijangka diisi pemain muda, Arif Aiman Mohd Hanafi yang mencuri tumpuan ketika membantu JDT menumpaskan skuad kendalian Frank Bernhardt 4-0, menerusi satu jaringan.

Selain itu pengendali kelahiran Mexico ini juga mempunyai pilihan sama ada menyenaraikan Ramadan Saifullah Usman atau Mohamadou Sumareh beraksi di posisi sayap kanan dan pastinya ia tidak mer3ncatkan perancangan untuk meneruskan mom3ntum kemenangan

Mora juga tampak lega dengan kualiti permainan import baharu yang dipinjamkan dari kelab Liga Brazil, Fortalez iaitu Bergson da Silva yang pantas menyesuaikan diri beraksi bersama barisan pemain lain.

Seandainya pemain itu diturunkan dalam kesebelasan utama, ia pasti ujian buat pemain kelahiran Allegrete, Brazil itu untuk membantu skuadnya membvru kemenangan keempat berturut-turut selaku striker utama skuad JDT.

Posisi tengah juga menjadi tanda tanya sama ada Mora akan mengekalkan Safiq Rahim yang tampak konsist3n menguasai permainan dan mampu mencorak gerakan berb@haya hingga mengundang cemas buat pasukan lawan.