JDT Dominasi Empat Teratas

Ketiadaan Diogo Santo yang berhijrah ke Thailand serta Sanjar Shaakhmedov yang meninggalkan Terengganu FC (TFC) menyaksikan status pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) musim depan bertukar tangan kepada pemain JDT, Gonzalo Cabrera.

Menerusi semakan di laman sesawang www.transfermarkt.co.uk, Cabrera yang dikatakan berpeluang cerah menjadi pemain naturalisasi itu menghuni tangga teratas nilai pasaran bagi Liga M dengan dia kini bernilai RM2.93 juta.

Sebelum ini, Diogo yang juga bekas pemain JDT bernilai RM4.8 juta, sementara Shaakhmedov yang juga bekas arkitek skuad Penyu itu bernilai RM3.8 juta.

Bagaimanapun, nilai pasaran itu sebenarnya merudum kerana pada April tahun lalu, pemain dari Argentina berkenaan memiliki nilai setinggi RM3.6 juta dengan situasi sama dapat disaksikan kepada semua pemain yang nilai mereka juga jatuh.

Berdasarkan nilai terbabit, bermakna Cabrera yang sebelum ini menghuni tangga kelima berjaya memintas rakan sepasukannya, Leandro Velazquez yang kini memiliki nilai pasaran setinggi RM2.7 juta.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Velazquez adalah pemain kedua termahal Liga M pada 2019 di belakang Diogo apabila pada April tahun lalu, dia memiliki nilai pasaran sekitar RM3.8 juta.

Secara keseluruhan, kemas kini bagi penghujung 2020 menyaksikan pemain skuad Harimau Selatan mendominasi empat tempat teratas yang diungguli Cabrera, Velazquez dan Mauricio (RM2.3 juta).

Pemain naturalisasi kedua yang juga pemain JDT, Liridon Krasniqi berada di tempat keempat dengan nilai terbaru, RM1.7 juta.

Pengg3mpur berb!sa yang juga penjaring terbanyak Liga Super musim 2020, Ifedayo Olusegun berada di tangga kelima, RM1.6 juta dan nilai itu dikongsi bersama pemain berd@rah kacukan, Natxo Insa.

Beberapa pemain lain pula memiliki nilai pasaran RM1.47 juta antaranya tiga pemain kacukan iaitu La Vere Corbin, Matt Davies dan Brendan Gan; Kpah Sherman, Careca serta seorang lagi calon pemain naturalisasi negara, Romel Morales.

Nilai RM1.47 juta itu turut menjadi nilai pasaran tertinggi untuk pemain tempatan dan antara pemainnya adalah Baddrol Bakhtiar, Shahrul Saad serta Safiq Rahim.

Senarai pemain termahal Liga Super mengikut transfermarkt.co.uk

1. Gonzalo Cabrera (JDT) – RM2.93 juta

2. Leandro Velazquez (JDT) – RM2.7 juta

3. Mauricio (JDT) – RM2.3 juta

4. Liridon Krasniqi (JDT) – RM1.7 juta

5. Ifedayo Olusegun (Selangor), Natxo Insa (JDT) – RM1.6 juta

6. Safawi Rasid, La Vere Corbin Ong, Matt Davies, Hariss Harun (JDT), Brendan Gan (Selangor), Kpah Sherman, Baddrol Bakhtiar (Kedah), Careca, Shahrul Saad (Perak), Romel Morales (Melaka) – RM1.47 juta