Ikat kontrak bersama kelab K.League

Seorang pemain pertahanan skuad bawah 23 tahun Indonesia, Asnawi Mangkualam dilaporkan akan menyertai sebuah pasukan K.League 2 – Ansan Greeners menurut pendedahan yang dibuat oleh portal KBS hari ini.

Pemain pertahanan kanan berusia 19 tahun itu bakal mengisi slot kuota pemain ASEAN yang diperkenalkan dalam saingan K.League dan dijangka akan mengikat kontrak 1 tahun dengan pilihan lanjutan 1 tahun lagi.

Menurut portal KBS, Ansan Greeners dikatakan telah mendapat sokongan dan juga pandangan dari ketua jurulatih kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong sebelum bersetuju untuk membawa pemain tersebut.

Sebagai seorang pemain pertahanan, dia (Asnawi) adalah pemain yang memiliki determination serta semangat dimana akan berfungsi dengan baik dalam saingan divisyen 1 K.League.

“Dia beraksi dibahagian pertahanan kanan dan tahu untuk meletakkan dirinya bagi menidakkan striker lawan mempamerkan kebolehan dengan sempurna.”

Pada tahun 2019m Asnawi Mangkualam telah menerima anugerah pemain muda terbaik bola sepak Indonesia dan pengarah kelab Ansan Greeners yang pada awalnya meragui kemampuan pemain itu telah mengubah fikiran apabila menerima nasihat dan pandangan Shin Tae-yong.

Datuk Bandar Ansan, Yoon Hwa-seop yang juga merupakan pemilik Ansan Greeners berkata jika Asnawi aktif beraksi dengan skuad kebangsaan Indonesia serta mampu memainkan peranan yang sama dengan kelab, ia akan menjadi satu kebanggaan bukan sahaja kepada warga Indonesia di Ansan malahan kepada penduduk asing disini.

Kini Asnawi Mangkualam hanya menunggu permohonan visa diluluskan sebelum terbang ke Korea Selatan untuk menjalani proses kuarantin dan seterusnya menyertai sesi latihan bersama Ansan Greeners.