Dugaan Landa Striker Baharu Kedah

Striker baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rozaimi Abd Rahman mengesahkan dua anaknya positif C0VID-19.

Perkembangan itu dimaklumkan Rozaimi menerusi akaun Instagram miliknya yang turut memuat naik video anaknya di dalam wad hospital.

Rayyan dan Riyyan positif C0VID-19. Tidak sak!t tapi positif. Aku yang negatif terpaksa temankan anak di wad.

Isteri kena tahan di hospital lain dan tidak bersama anak-anak. Kasihan isteri seorang diri kena tahan.

Setiap hari menang!s kalau ‘video call’ dengan anak-anak. Jangan risau anak aku sihat dan aktif bermain.

Katil di wad ini, mereka (anak-anak) buat macam taman permainan. Budak sihat dan budak kuat macam papa dia, tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Rozaimi pernah menyarung jersi skuad Har!mau Muda dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum berhijrah ke Kedah, musim ini.