Sukan

Cara terbaik tingkatkan skuad Muda Negara

Pemain skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara mempunyai masa depan yang cerah sekiranya diberi pendedahan dengan siri perlawanan kompetitif dan berintensiti tinggi di pentas antarabangsa.

Meskipun gagal merebut slot pusingan akhir Piala Asia B-20 di Uzbekistan pada Mac 2023, pemain muda negara memiliki bakat yang perlu digilap untuk menyinar dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Keyakinan itu disuarakan pengendali skuad B-19, Hassan Sazali Waras, selepas melihat prestasi barisan pemain yang mampu bersaing dengan pasukan gergasi walaupun tewas kepada Korea Selatan.

Hassan berkata, kekurangan yang terdapat kepada pemain muda itu adalah mereka masih kurang pendedahan khususnya menerusi minit permainan di peringkat antarabangsa.

“Saya percaya jika kelompok pemain ini diberi peluang dengan perlawanan antarabangsa serta aksi kompetitif dalam liga tempatan, kita akan seiring dengan pasukan yang menguasai di peringkat Asia seperti Korea Selatan,” katanya.

Skuad muda negara tersingkir daripada saingan di peringkat Asia setelah sekadar menghuni tangga ketiga Kumpulan E susulan kemenangan besar 6-0 Mongolia ke atas Sri Lanka dalam saingan terakhir semalam.

Mongolia dan Malaysia berkongsi empat mata, namun pasukan tuan rumah menduduki tangga kedua kumpulan kerana memiliki kelebihan jaringan.

Menurut Hassan, perjalanan anak-anak buahnya masih panjang dan banyak kejohanan yang mereka boleh sertai di peringkat ASEAN, Asia dan antarabangsa.

Jadi positifnya adalah saya lihat ramai pemain berbakat dikenalpasti untuk kemajuan selanjutnya bagi menjadi pemain kebangsaan khususnya untuk skuad B-23.

“Kita tahu banyak lagi kejohanan pada masa depan contohnya Sukan SEA 2023 dan 2025 serta kelayakan Olimpik,” ujar beliau.

Skuad negara memulakan aksi kumpulan dengan langkah kiri apabila sekadar seri dengan Mongolia 1-1 sebelum membenam Sri Lanka 3-0.

sumber:- SA

Sebelum berkunjung ke Mongolia, anak-anak buah Hassan hanya sempat melakukan satu perlawanan persahabatan iaitu men3ntang pasukan Projek FAM-MSN.