Sukan

Harap tak ada yang koyak — Sanusi

“Harap tak ada yang koyak, kalau ada yang terkoyak, pandai-pandailah tampal,” kata Menteri Besar Datuk Seri Muhamamd Sanusi Md Nor, mengulas mengenai beberapa status di laman media sosialnya ketika ini.

Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, semua status berkenaan adalah sekadar seloka dan gurauan, namun mempunyai mesej tertentu bagi dijadikan bahan berfikir pengikutnya.

“Tafsir sendirilah (status di laman sosial), tak ada kaitan dengan yang hidup atau mat!. Semua hantaran itu seloka dan gurauan sahaja, tetapi ada selit mesej dan bahan untuk berfikir.

Jangan kita seronok kerana menang dan berdukacita kerana kalah tanpa memikirkan ibrah atau pengajaran daripada kejadian itu. Kena fikir dan renung balik yang menang siapa dan yang kalah siapa?

“Kena tengok juga kenapa kita kalah dan pasal apa kita menang? Begitu juga macam mana boleh menang?” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi turut menjelaskan, tindakannya memuat naik status berkenaan juga bukan sebagai perbuatan cuba memecah-belahkan mana-mana pihak atau mahu menyinggung perasaan sesiapa.

Tak adalah (memecah-belah), nak pecah belahkan siapa? Siapa yang terpecah dan terbelah dengan pantun itu?

“Itu cuma bahan berfikir. Harap tak ada yang koyak, kalau ada yang terkoyak, pandai-pandailah tampal,” katanya.

Terdahulu, beberapa status laman sosial Muhammad Sanusi menjadi tumpuan peminat bola sepak apabila beliau secara terbuka memberi sokongan kepada Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu.

Dalam status berkenaan, beliau mengucapkan tahniah kepada JDT, namun mendakwa pemain pasukan itu tidak pandai ‘bercakap Johor’.

sumber:- HM

Muhammad Sanusi sekali lagi ‘memanaskan’ suasana apabila memuat naik status pantun di laman sosialnya hari ini yang berbunyi, ‘Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai, Disangka ayamnya menang Pak Kaduk melompat bersorak,Disuruh berkokok nak bunyi eerrkkk! pun tak pandai’.