Sukan

Tidak sangka tersenarai

Tonggak pertahanan skuad B-19 kebangsaan, Oswyn Lim, mengakui tidak menyangka terpilih dalam senarai akhir 23 pemain ke kempen kelayakan Piala Asia B-20.

Jelas pemain kelahiran Sungai Buloh Selangor itu, dia sudah bersedia memberikan aksi terbaik seandainya disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.

Tambah pemain berusia 18 tahun itu, antara kekuatan utama dimilikinya ialah kelebihan fizikal yang dilihat mampu untuk menandingi barisan serangan pasukan lawan.

Secara jujurnya saya agak terkejut dapat panggilan ini, saya akan cuba capai persefahaman dengan rakan sepasukan.

Ubaidullah Shamsul Fazili dan Muhammad Daniel Edzuan berpengalaman dalam Piala AFF dan Piala Cabaran Vietnam jadi saingan merebut kesebelasan utama sengit.

Sebagai pertahanan, saya mempunyai kekuatan yang bagus dan berkemampuan menghadapi satu lawan satu.
Saya mendapat sokongan semua pihak dari luar padang, semua pihak bantu eratkan persefahaman pasukan.

“Saya akan berjvang habis-habisan,” katanya.Untuk rekod, Oswyn merupakan antara muka baru yang dipanggil menyertai pasukan dalam misi di Mongolia di samping pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Marwan Abdul Rahman.

sumber:- SA

Skuad kendalian Hassan Sazali Waras dijadualkan berdepan tuan rumah, Mongolia, di Stadium MFF, Ulanbataar, hari ini.