Sukan

Penyokong buat kecoh

Perlawanan final Piala FA bakal bermula kira-kira 4 jam lagi namun berlaku sedikit kekecohan di beberapa pintu Stadium Nasional Bukit Jalil

Situasi di pekarangan stadium yang sudah mula hujan menyebabkan penyokong kedua-dua pasukan meminta pintu dibuka lebih awal bagi mengelak dibasahi hujan.

Difahamkan pintu stadium akan dibuka jam 6 petang seperti ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia(MFL) sekali gus penyokong bola sepak perlu menunggu lebih sejam sebelum memasuki venue.

Rata-rata penyokong mula menjerit dan meminta pintu dibuka lebih awal lagi selepas melihat terdapat beberapa penyokong sudah berada di dalam stadium.

sumber:- HM

Namun, pihak polis bertindak cepat apabila mengawal keadaan bagi mengelak keadaan menjadi lebih panas.