Sukan

JDT masih berpeluang layak

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tetap bersemangat mengharungi dua baki perlawanan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 sekalipun tewas besar 0-5 kepada Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad.

Kekalahan itu menyaksikan kedudukan JDT selaku pendahulu Kumpulan I kini dipintas Kawasaki Frontale yang merekodkan lapan mata – satu mata di depan skuad Harimau Selatan.

Begitupun, JDT tidak mahu menyerah kalah lebih awal dalam misi membvru tiket ke pusingan kalah mat! menyedari peluang mereka masih ada berbaki dua aksi peringkat kumpulan.

Pengendali JDT, Benjamin Mora optimis skuad kendaliannya itu mampu melepasi saingan peringkat kumpulan, sekali gus mencipta sejarah mereka yang tersendiri di pentas ACL kali ini.

Apakah saya percaya? Sudah tentu saya percaya dan sentiasa percaya JDT akan mencatatkan kejayaan dan mara ke peringkat seterusnya.

Kami ada dua perlawanan lagi yang perlu diharungi dan kami semua akan melakukan yang terbaik untuk melihat apa yang berlaku seterusnya.

“Apa pun, saya pasti semua pihak melibatkan pemain, pengurusan, kejurulatihan mahu memberikan yang terbaik bagi memastikan JDT mara lebih jauh kali ini,” katanya dalam sidang media.

Mengulas kekalahan kepada Kawasaki Frontale, Mora mengakui ‘barisan kedua’ JDT tidak mampu menyaingi keampuhan lawan mereka itu sepanjang perlawanan.

Seperti kami, Kawasaki Frontale juga telah merehatkan beberapa pemain utama, namun mereka masih mampu mempamerkan aksi mantap.

Saya harus akui aksi berdepan Kawasaki Frontale ini merupakan perlawanan yang agak sukar, apatah lagi mereka merupakan kelab nombor satu di Asia ketika ini.

“Namun, saya tidak boleh meletakkan kesalahan kepada mana-mana pemain kerana kesemua mereka telah memberikan aksi yang terbaik,” ujarnya.

Mora turut mempertahankan keputusannya merehatkan beberapa tonggak sehingga terpaksa melakukan penggiliran pemain bagi mengelakkan berlaku sebarang risiko seperti kec3deraan.

Bukannya saya mengambil mudah pertemuan dengan Kawasaki Frontale. Tetapi setelah mengharungi empat perlawanan dalam 12 hari, pemain-pemain memerlukan rehat.

sumber:- SH

“Perlu diingat, beberapa pemain JDT yang diturunkan tidak memiliki minit permainan yang mencukupi dan agak sukar untuk tampil beraksi dengan baik,” jelasnya.