Sukan

Komen Aidil selepas sekali lagi kalah besar

Kedah Darul Aman (KDA) FC bagaikan dilanda ‘dejavu’ apabila mengulangi kesilapan yang dilakukan ketika tewas 4-1 di tangan Selangor FC (SFC) sekali gus menyebabkan mereka tumbang 4-0 di tangan Sabah FC, malam tadi.

Malah, pengendali skuad Kenari, Aidil Sharin Sahak turut menyifatkan anak buahnya seakan ‘bersedekah’ sekurang-kurangnya tiga gol kepada skuad Badak dan memaksa mereka menelan kekalahan kedua dalam Liga Super musim ini.

Babak pertama seimbang namun inilah bola sepak apabila kita kalah 4-0. Saya tidak boleh terima kerana kita melepaskan gol yang sangat mudah.

“Kita lakukan kesilapan yang sama seperti lawan SFC sebelum ini di mana pertahanan tidak begitu baik. Kita perlu bangkit dengan lebih kuat dan mengambil pengajaran daripada perlawanan ini,” kata Aidil.

Pada aksi di Stadium Likas itu, striker veteran, Amri Yahyah mel3dak hatrik dan satu lagi gol disumbangkan pemain importnya, Park Tae Su.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah FC kembali merampas kedudukan kedua Liga Super, terikat 12 mata bersama KDA bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku pendahulu dan KDA namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Sementara itu, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui disiplin yang ditunjukkan anak buahnya menjadi kunci untuk mereka merakam kemenangan besar kepada KDA.

Namun, Kim Swee menuntut rentak yang konsisten daripada pemain dan mahu pemainnya terus memberikan usaha yang baik ketika mengharungi perlawanan akan datang.

Apa yang penting pemain mengikut arahan dan kita tidak membenarkan KDA bermain seperti kebiasaan mereka. Walaupun tidak berjaya mendapatkan gol pada babak pertama tetapi kita terus berusaha pada separuh masa kedua.

sumber:- BH

“Selepas mendapatkan satu gol, ia memberi lebih tekanan kepada KDA dan gol yang dijaringkan selepas itu menutup peluang untuk KDA bangkit,” katanya.