Sukan

Terima kasih kepada keempat-empat pemain itu — Farizal

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias menegaskan benteng pertahanan pasukan itu adalah watak penting bagi memastikan skuad Harimau Selatan mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Kawasaki Frontale pada Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam tadi.

Farizal yang kembali beraksi selepas pulih daripada keced3raan di bahagian kening kiri tampak begitu teruja dengan komitmen Shane Lowry, Shahrul Saad, Matthew Davies dan Corbin Ong yang konsisten mengemudi benteng sehingga sukar barisan serangan skuad kendalaian Toru Oniki mencipta jaringan.

Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya katakan kepada keempat-empat pemain itu apabila mereka berjuang bersungguh-sungguh bagi menyekat s3rangan daripada kelab dari Jepun itu malah pemain lawan jelas buntu untuk menembusi benteng ampuh.

Kita juga dapat lihat komitmen setiap pemain yang mengekalkan disiplin tinggi malah tidak kekok untuk bersaing dengan pemain berstatus bintang dari Jepun itu dan kerjasama itu memberi keyakinan untuk saya beraksi konsisten.

“Alhamdullilah kita berjaya mengutip satu mata. Walaupun tidak beraksi pada dua perlawanan lalu kerana dalam proses pemulihan kec3deraan tapi sokongan daripada rakan sepasukan memberi keyakinan dan malam ini (malam tadi) saya buktikan dengan aksi konsisten dan semuanya adalah daripada kata-kata semangat rakan bagi memastikan saya tidak gugup pada aksi pertama,” katanya.

Farizal menambah kesemua pemain ingin memastikan saingan ACL pada musim ini mampu mengubah nasib JDT untuk mara ke saingan seterusnya tatkala prestasi skuad Harimau Selatan pada saingan itu musim ini tampak lebih mantap.

Katanya, berbekal kedudukan terkini JDT yang berada di tangga teratas tidak mustahil untuk berusaha menggapai peluang layak ke pusingan seterusnya malah dia juga mahu momentum permainan konsisten kekal sehingga beraksi ACL.

sumber:- BH

“Kami akan jumpa Kawasaki Frontale buat kali kedua, Ahad ini, dan apa yang penting kami harus mengemaskan lagi taktikal disiplin permainan dan mengelak daripada hilang fokus kerana kami akan jangkakan saingan sengit bakal ditampilkan kelab dari Jepun itu.