Beberapa keputusan pengadil yang mencetuskan kontr0versi sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong pada musim ini tidak menggambarkan kelemahan mutu pengadilan secara keseluruhan.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh berpandangan tidak adil untuk ‘memvkul rata’ keseluruhan barisan pegawai yang bertugas atas kesilapan beberapa pengadil.
Malah, Subkhiddin yang juga bekas Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) turut menjelaskan bahawa semua pengadil sudah melalui tapisan dan tiada pemilihan secara ‘tangkap muat’.
Saya bersetuju yang mana isu ini muncul secara kebetulan dan terkesan kepada sebuah pasukan. Malangnya insid3n berlaku dalam tempoh masa yang terdekat.
Jadinya ia sentiasa panas, belum sempat ‘reda’ dan isu kesilapan identiti’ pula datang. Tetapi adakah kita perlu menghukum keseluruhan pengadil yang lain sedangkan mereka dapat melaksanakan tugasan mereka dengan baik?
“Jadi bantulah pengadil yang kurang cemerlang untuk mendapatkan latihan yang lebih baik. Setiap pengadil sudah pasti perlu melalui fasa tertentu sebelum mereka dibenarkan mengendalikan perlawanan di dalam liga.
Sekiranya setiap pengadil melepasi fasa tertentu dengan ‘jujur’ sudah pasti pengadil terbabit tidak akan jauh bezanya dengan pengadil di seluruh dunia.
“Seandainya terdapat kelemahan dalam persembahan pengadil yang baru dalam proses peralihan ke liga yang lebih besar maka pihak yang bertanggungjawab perlu mengkaji atau melihat semula proses yang pengadil ini lalui untuk dibuat penambahbaikan,” katanya.
Mengulas insid3n kad merah yang dilayangkan kepada pemain Perak FC atas dakwaan kesilapan identiti, bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu menjelaskan ia boleh diatasi sekiranya semua pegawai perlawanan saling bertanggungjawab untuk bekerjasama.
Komunikasi antara mereka adalah sangat diperlukan dalam situasi sukar seperti yang dialami oleh pengadil berkenaan.
“Selagi permainan belum dimulakan semula, pengadil boleh memperbetulkan sekiranya dia sedar terdapat kesilapan dalam tindakan disiplin yang dikenakan kepada pemain,” katanya.
Terdahulu, pengadil yang bertugas pada aksi antara Perak FC berdepan Kelantan FC, Muhd Izzul Fikri Kamaruzaman didakwa tersilap melayangkan kad merah kepada pemain The Bos Gaurus, Royizzat Daud.
Ini kerana pemain itu dilihat tidak melakukan sebarang kesalahan dan sekadar menjadi ‘mangsa’ keadaan kerana menerusi klip video yang tular di media sosial, bukan Royizzat yang menerjah pemain Kelantan FC, Danial Hadri sebaliknya seorang lagi pemain Perak FC iaitu Idris Ahmad.
sumber:- BH
Insiden pada minit ke-42 itu menyaksikan Danial dilayangkan kad merah susulan tindakannya menendang dan menyepak Royizzat sebelum pemain itu turut menerima nasib sama apabila dilayangkan kad merah oleh pengadil.