Sukan

B Sathianathan berang

Pendatang baharu Liga Super, Sarawak United bermain ‘bola sepak kampung’ khususnya dalam 20 minit terakhir sebelum tumbang 2-0 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Negeri, malam tadi.

Situasi itu diakui pengendali skuad ‘The Crocs’, B Sathianathan yang jelas tidak berpuas hati apabila pemainnya tidak mengikut perancangan yang sudah disusun selain dihampakan dengan ketumpulan penyudah di hadapan gol.

Kita hilang beberapa pemain utama kerana C0VID-19. Saya kecewa dengan persembahan pada 20 minit terakhir di mana kita terburu-buru menghantar bola ke tengah.

Sepatutnya kita bermain dari tepi tetapi kita terdesak. Jadi, saya akan tegur pemain supaya mengikut taktik dan bukan main ikut sendiri. Kita tidak boleh main seperti itu.

“Dalam 20 minit terakhir, kita main macam pasukan kampung, asyik menghantar bola dan hilang bola. TFC hanya menunggu untuk mendapatkan bola bagi meny3rang balas dan mereka menjaringkan gol.

“Kita ada banyak peluang tetapi kita tiada ‘umphhh’ di depan gol,” kata Sathianathan.

Sementara itu, pengendali skuad Penyu, Nafuzi Zain jelas lega apabila anak buahnya berjaya merealisasikan misi untuk mengutip kemenangan pertama selepas tewas dalam dua aksi terdahulu.

Bukan satu tugas yang mudah untuk bermain di tempat lawan apatah lagi bermain dengan 10 pemain. Kita tiada Sherman dan Petrus Shitembi pada minit ke-20 kerana kec3deraan.

sumber:- BH

“Walaupun dengan 10 pemain, kita dapat mencipta peluang lebih banyak berbanding Sarawak dan kita memang menanti saat untuk mendapatkan tiga mata pertama,” katanya.