Sukan

JDT mungkin terpaksa lupakan tonggak di ACL

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, tetap menganggap kemenangan 2-1 ke atas Terengganu malam tadi sebagai kejayaan bermakna walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.

Ketua pasukan Harimau Selatan, Farizal Marlias, tampak mengalami kec3deraan serius sekali gus dijangka terlepas aksi awal kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Detik cemas itu berlaku pada minit ke-60 perlawanan apabila Farizal kelihatan tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan rakan sepasukannya, Shane Lowry, ketika cuba menyelamatkan asakan pihak lawan dan dikejarkan ke hospital dengan serta merta.

Insid3n itu menyebabkan penjaga gol kebangsaan tersebut diusung keluar sebelum terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Situasi itu jelas menyulitkan percaturan Mora untuk menghadapi kempen ACL yang akan bermula Jumaat ini susulan Farizal tampak perlu berehat panjang.

“Dia berasa pening dan beberapa saat pertama dia tidak sedarkan diri. Mungkin tidak 100 peratus tapi selepas itu dia dalam keadaan sedar. Dia terluka dan perlu memakai pendakap leher.

Tapi kami ada pelan A, B, C malah D. Kami ada banyak perancangan. Tapi saya tidak memikirkan sangat tentang pelan itu hinggalah saya memerlukannya.

“Buat masa ini saya mahu dia pulih dan berehat, kemudian saya akan bercakap dengannya,” katanya.
Dalam pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim itu, Bergson Da Silva muncul wira Harimau Selatan apabila meledak dua gol dalam setiap babak perlawanan.

Namun, ia bukanlah aksi mudah buat juara lapan kali Liga Super itu sebaliknya satu perlawanan yang mendebarkan buat mereka hingga dibolosi buat kali pertama musim ini.

Kredit harus diberikan kepada anak buah Nafuzi Zain atas corak permainan positif yang dipamerkan sekalipun merekodkan dua kekalahan berturut-turut.

sumber:- SA

“Saya percaya dengan pasukan, masih banyak benda yang boleh bertambah baik,” katanya ringkas.