Sukan

Jaringan Hidalgo istimewa

Striker Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo akan mempamerkan prestasi lebih baik pada perlawanan seterusnya dalam usaha membantu skuad itu mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.

Pemain berusia 23 tahun itu percaya dia bersama rakan sepasukan akan beraksi dengan lebih bagus dalam usaha mencapai misi berkenaan.

Sudah pasti prestasi terbaik akan dipersembahkan pada setiap perlawanan dan diharapkan segalanya berjalan lancar.

“Pada masa sama, diharapkan peningkatan daripada segi permainan dan peluang yang dimiliki dapat dimanfaat,” katanya.

Pada perlawanan yang menyaksikan Sri Pahang terikat 1-1 berdepan PJ City FC kelmarin, pemain import dari Argentina itu menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-38.

Lebih menarik, jaringan yang dilakukan Hidalgo itu menerusi r3mbatan dari luar kotak penalti.

Namun, jaringan penyamaan pemain tengah lawan, R Barathkumar pada minit ke-85 menafikan skuad Tok Gajah mengutip tiga mata di halaman sendiri.

Mengulas gol pertama dalam saingan Liga Super, Hidalgo gembira kerana berjaya menjaringkan gol selepas dua perlawanan.

Katanya, jaringan itu memberikan motivasi kepadanya untuk bermain dengan lebih yakin dalam usaha membantu pasukan mencatat kejayaan.

sumber:- HM

“Diharapkan pada perlawanan selepas ini saya dan rakan sepasukan dapat bermain lebih cemerlang,” katanya.